Sungai Nadi Kehidupan

0

sungai

0

kilometer

Sungai Nadi Kehidupan, sebuah projek yang dikenal pasti di bawah Program Transformasi Negara, menyasarkan usaha untuk mentransformasi 8 batang sungai yang mengalir di sekitar daerah Greater KL/Klang Valley. Dengan peruntukan sebanyak RM3.1 billion untuk usaha-usaha pembersihan sungai, projek ini bakal menyuntik nafas baharu kepada sungai-sungai kita agar tidak lagi mengalir lesu, bahkan berubah menjadi sungai-sungai yang bersih dan segar bertenaga, lantas mampu menjadi sandaran kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekali gus melonjakkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai.

Dengan peruntukan RM1 billion, Pelan Induk Sungai Nadi Kehidupan mencakupi tepian sungai sepanjang unjuran 10.7km yang menembusi koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak. Keadaan sungai yang mengalir segar dan bermaya di tengah-tengah Greater KL pastinya menampilkan peluang kepada warga kota dan pelancong untuk menikmati sungai yang indah yang menjadi anugerah alami turun-temurun, dan menghidupkan kembali hubungan akrab antara insan dan sungai dari sisi ekologi. Banyak bandar besar di seluruh dunia dibangunkan di tepian sungai di mana sungai bukan sahaja digunakan untuk keperluan pengangkutan dan rekreasi, malah keindahan sungai itu sendiri menjadi suatu daya tarik yang mampu menggamit minat para pelancong. Misalnya, kota London dan Sungai Thames, Seoul dan Sungai Cheonggyecheon, serta Melbourne dan Sungai Yarra, sungai-sungai itu menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bandar-bandar di sekitarnya. Kini, Greater KL pula menyasarkan hasrat untuk berdiri setanding dengan bandar-bandar dunia yang telah berjaya memberikan sentuhan nafas kepada sungai mereka dan menyerlahkan sungai yang mengalir jernih, bersemangat dan terpancar indah.

Ayuh semua, marilah kita jadikan impian ini suatu kenyataan.

3 Peringkat Pelaksanaan Sungai Nadi Kehidupan

Sungai Nadi Kehidupan merangkumi 3 komponen

0
Siap setakat
Mac 2017
0
Siap setakat
Mac 2017
0
dan seterusnya

Projek Sungai Nadi Kehidupan telah dilancarkan pada tahun 2011 dengan permulaan 17 pakej infrastruktur di bawah komponen pembersihan sungai. AECOM, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, terpilih untuk membangunkan Pelan Induk Pengindahan Sungai Nadi Kehidupan apabila berjaya memenangi tender yang dibida oleh lima pakar perancang antarabangsa dan tempatan. Pada Jun 2012, Fasa 1 Program Pelibatan Orang Awam telah dilaksanakan dan disusuli oleh Fasa 2 yang bermula pada September 2013. Program ini dijayakan hasil kerjasama antara pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan/perunding alam sekitar, termasuk warga tempatan dan korporat yang terdiri daripada pengguna sungai-sungai terbabit. Program ini bertujuan memupuk kesedaran orang awam di samping mendorong pelaksanaan amalan-amalan terbaik berkaitan penjagaan sungai. Pada tahun 2014, kerja-kerja pembinaan di bawah Fasa 1 Pengindahan Sungai telah dimulakan di Presint 7 (Masjid Jamek/Zon Warisan). Sementara itu, pada tahun 2015, DBKL telah memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi tujuan pembangunan tanah di kawasan terbabit.

Mencakupi Sempadan 8 Batang Sungai Di Klang Valley

Lembangan ROL meliputi kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dan Majlis Perbandaran Selayang MPS) dengan jumlah keluasan melebihi 900km2 atau 1.25x keluasan Singapura

Gandingan Bersama Agensi-Agensi Kerajaan Di Seluruh Daerah Greater KL

Projek Permulaan (EPP) Sungai Nadi Kehidupan ialah gandingan usaha yang diterajui Kementerian Wilayah Persekutuan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Projek ini turut dijayakan hasil kerjasama lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan yang merangkumi tiga pasukan petugas utama.