SERTAILAH KAMI

Tanggungjawab memelihara dan melindungi sungai ialah tanggungjawab kita bersama. Betapa banyak langkah yang diusahakan Kerajaan sekalipun, termasuklah penyambungan paip kumbahan ke loji rawatan kumbahan yang baharu atau diperbaik, pemasangan perangkap sampah di sepanjang sungai-sungai dan pelbagai langkah lain lagi, namun, terserahlah kepada kita untuk mencegah sampah dan sisa kotoran daripada menyelinap masuk dan mencemari sungai kita.



Bersama-samalah menjayakan Sungai Nadi Kehidupan!

Ada banyak cara untuk anda sertai program ini. Anda boleh menyumbangkan khidmat bakti sebagai sukarelawan dalam pelbagai inisiatif Pembersihan Sungai, atau menyumbangkan dana kewangan untuk program kami. Anda juga boleh melanggan surat berita Sungai Nadi Kehidupan sebagai panduan untuk membantu anda melunaskan tanggungjawab demi menjaga kebersihan sungai, di samping membolehkan anda mengikuti maklumat terkini dan perkembangan aktiviti yang sedang dilaksanakan.

Saya ingin

sertailanjutkan perkembangan terkinitaja