PENGKOMERSIALAN & PELANCONGAN

10.7

kilometer

108

lot

Matlamat Projek

Memastikan setiap pembangunan baharu memenuhi potensi ekonomi sepenuhnya dan menurut kesesuaian projek ROL

2020
dan seterusnya

Penyempurnaan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai kelak berupaya melonjakkan kadar pelaburan di kawasan-kawasan sekitar koridor sungai-sungai terbabit. Hasilnya, warga GKL/KV akan turut meraih manfaat susulan peningkatan dan pertumbuhan aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan tersebut. Malah, pembangunan di sepanjang koridor ini akan bertambah rancak apabila lokasi-lokasi yang berpotensi dikenal pasti dan ditawarkan sebagai tender kepada pemaju-pemaju swasta menerusi proses bidaan yang kompetitif.

Sementara itu, walaupun projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan, nilai tanah di sepanjang unjuran 10.7km yang siap diperindah kelak dijangka meningkat dengan mendadak.

Apabila Sungai Nadi Kehidupan berjaya diserlahkan dan keindahannya jelas terpancar tidak lama lagi, pastinya aspirasi GKL/KV akan berubah menjadi sebuah realiti. Betapa ketika itu nanti, nama Kuala Lumpur akan meniti di bibir seluruh dunia sebagai satu-satunya metropolis Asia yang berjaya menempa status sebagai 20 bandar terbaik dunia dari segi pertumbuhan ekonomi, yang dicapai serentak dengan status 20 bandar teratas dunia dari sisi daya huni menjelang tahun 2020.