PENGINDAHAN SUNGAI

2

fasa

10.7

kilometer

11

presint

Matlamat Projek

1. Mengembalikan tarikan bersejarah bandar melalui tumpuan khas pemuliharaan.
2. Membekalkan jaringan pengangkutan yang berkesan bagi memastikan perjalanan pelawat dan orang tempatan lebih selesa.
3. Mencipta rantaian aktiviti di sepanjang tepian sungai.
4. Memperkenalkan kepelbagaian fungsi bagi menggiatkan pembangunan sedia ada.

0
Siap setakat Mei 2017

Dengan berlatarkan matlamat untuk meningkatkan daya maju ekonomi di kawasan-kawasan berkaitan, kerja-kerja pengindahan sungai akan dilaksanakan merangkumi unjuran 10.7km sepanjang koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak di Zon Warisan, Kuala Lumpur. Dengan memberi nafas baru kepada Sungai Klang dan Gombak di pusat Greater KL, penduduk bandar dan pelawat akan berpeluang meneroka keindahan semulajadi sungai kita serta berinteraksi dalam ekologi lebih baik.

Komponen Pengindahan Sungai ini diterajui oleh DBKL dengan gandingan bersama 13 jabatan dan agensi di bawah bidang kuasa DBKL dan juga selainnya. Kerja-kerja pengindahan tersebut akan dilakukan menurut Pelan Induk Sungai Nadi Kehidupan yang meliputi kawasan-kawasan bersempadanan di sepanjang sungai bekenaan, bersesuaian dengan cadangan-cadangan terperinci untuk Presint 1 (Titiwangsa) dan Presint 7 (Masjid Jamek). AECOM, syarikat berpangkalan di Amerika yang dilantik untuk merangka Pelan Induk tersebut pada 2012 telah mengambil kira beberapa unsur penting, seperti berikut:

Presint 7 Fasa 1

Kawasan-kawasan yang di-indahkan di Presint 7

Sedang Dalam Pelaksanaan

Sg Klang River Front (Selatan) dan Brickfields

Dataran Mereka dan Masjid Jamek

Sg Gombak Riverfront (PWTC) dan Sg Klang Riverfront (Utara)

Taman Titiwangsa

Reka bentuk kontemporari digayakan seiring dengan bangunan-bangunan warisan dan bersejarah bagi menghidupkan sebuah ibu kota yang rancak, bertenaga dan meninggalkan kenangan manis kepada setiap warga dan pelancong yang datang ke situ.

Orang Ramai
Dan Aktiviti
Keramaian

Ruang awam ditambah baik dari sisi estetik berlatarkan suatu identiti yang ditampilkan secara unik dan sekata di sepanjang tepian sungai. Matlamat akhir adalah menjadikan sungai sebagai nadi aktiviti dan tapak persinggahan utama bagi pelbagai aktiviti rekreasi.

Tempat
Dan
Identiti

Memperbanyak projek-projek pembangunan pelbagai rupa dan bentuk di sepanjang sungai, berserta sistem pertukaran berorientasikan pengangkutan yang baharu, mempertingkat kepelbagaian perniagaan dan pusat komersial, serta membina sebuah sistem pengangkutan awam berpusatkan sungai sebagai nadi perhubungan.

Ekonomi
dan
Inovasi

Air ditadah, dibersih dan dikitar semula dengan menggunakan proses sanitari sebelum dialirkan semula ke dalam sistem.

Alam Semula
Jadi Dan
Ekologi