PEMBERSIHAN SUNGAI

67

pakej

8

sungai

110

kilometer

Matlamat Projek

Meningkatkan kualiti air sungai yang kini berstatus Kelas 3-5 kepada Kelas 2B menjelang tahun 2020

0
Siap setakat Mei 2017

Menggiatkan inisiatif merentasi tiga bidang tugas berbeza

Fasa pertama dalam projek Sungai Nadi Kehidupan ini melibatkan pemulihan kualiti air di kedua-dua Sungai Klang dan Sungai Gombak, termasuk anak-anak sungai terbabit. Hal ini lantaran kira-kira 170,000 tan sampah yang dibuang ke dalam Sungai Klang setiap tahun, sedangkan sebahagian besar daripadanya ialah sisa kumbahan yang rata-rata tidak dirawat terlebih dahulu – sisa ini dibuang terus ke dalam sungai sehingga sungai tercemar teruk.

Usaha pembersihan sungai dijalankan menjangkaui unjuran 110km di sepanjang lembahan Sungai Klang, yang merangkumi kawasan perbandaran di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggalas tanggungjawab selaku ketua Pasukan Petugas Pembersihan Sungai. Kesemua usaha yang digiatkan ini diharap berupaya memulihkan kualiti air daripada Kelas III-V kini kepada Kelas IIB menjelang 2020.

13 INISIATIF UTAMA

1

Menambah baik kemudahan pembetungan yang sedia ada

2

Memperluas loji rawatan kumbahan serantau yang sedia ada

3

Membina loji rawatan air sisa milik DBKL di 5 pasar basah

4

Memasang lebih banyak perangkap bahan cemar kasar

5

Menggunakan kolam takungan

6

Mengekang pencemaran sungai yang berpunca dari kawasan setinggan

7

Melaksanakan Pelan Induk Saliran dan Pengurusan Air Banjir

8

Menjalankan kajian hidrologi dan pemulihan sungai secara sistematik

9

Menggalakkan dan menguatkuasakan amalan-amalan terbaik berkaitan penggunaan sungai bagi menghindari hakisan rentetan pembangunan bandar

10

Menggalakkan dan menguatkuasakan amalan-amalan terbaik dalam kalangan pengendali restoran, bengkel dan kedai-kedai komersial yang lain

11

Menggalakkan dan menguatkuasakan amalan-amalan terbaik dalam kalangan syarikat-syarikat industri yang melepaskan bahan buangan/air sisa daripada perusahaan mereka

12

Menggalakkan dan menguatkuasakan amalan-amalan terbaik membabitkan pelupusan sampah secara umumnya

13

"Interceptor Works" sepanjangan unjuran 10.7km Projek Pengindahan Sungai

Pada ketika ini, JPS Malaysia sedang mengepalai Program Pelibatan Orang Awam bagi projek Sungai Nadi Kehidupan. Program yang dilaksanakan secara ‘turun padang’ sejak 2013 ini bertujuan mencetuskan kesedaran dan keprihatinan orang awam terhadap sungai dengan menggunakan pendekatan pendidikan dan anjakan sikap. Program ini dijalankan dalam 3 peringkat. Fasa 1 melibatkan kawasan tadahan di hulu Sungai Klang dan akan diperluas ke Sungai Gombak dalam Fasa 2. Fasa 3 kelak akan merangkumi kawasan di seluruh persempadanan projek Sungai Nadi Kehidupan.

Pencapaian Kami Setakat Ini

KERJA-KERJA YANG SEDANG DILAKSANAKAN

KERJA-KERJA YANG BAKAL DILAKSANAKAN

Pencapaian Indeks Kualiti Air APR 2017